Kelas Solekan Profesional 2018
Kelas Solekan 2018 kini dibuka untuk peserta yang tercari-cari peluang menceburi kerjaya bidang ini!
Adakah anda…
1) Ingin jana pendapatan dengan bakat solekan?
2) Nak mendalami teknik solekan betul yang digunakan oleh make up artist terkenal?
3) Masih tidak yakin nak make up pelanggan dan kenakan bayaran yang sepatutnya?
4) Ikuti tutorial di youtube tapi masih tidak menjadi?
5) Nak belajar lebih lanjut tapi terbantut akibat bayaran mahal?
NOTA: Ini adalah hasil solekan Make Up Artist berpengalaman. Jika berminat pelajari kemahiran dan teknik begini, teruskan membaca.
Kelas make up ini merupakan peluang keemasan untuk mengembangkan bakat anda di dalam bidang solekan profesional. Kelas make up hanya terbuka untuk peserta yang benar-benar berminat untuk mengetahui teknik-teknik profesional dalam bidang solekan dan selok belok menjadi make up artist para selebriti bersama Deqsha. Ini merupakan program kerjasama Tini’s Spa selaku syarikat peneraju Program Zero To Hero anjuran Hijrah Selangor untuk melahirkan lebih ramai usahawan.
KANDUNGAN KURSUS SOLEKAN PROFESIONAL BIMBINGAN DEQSHA
1) KELAS MAKE UP INTENSIF 2 hari bimbingan Deqsha.
Kelas make up intensif 2 hari akan merangkumi sesi demo dan praktikal para peserta.
Hari 1: Pengenalan Kepada Solekan
Hari 2: Teknik Solekan Profesional
2) Sokongan Whatsapp Group terus bersama Deqsha selama 6 bulan
Selepas kelas, peserta akan mendapat bimbingan terus melalui Whatsapp Group. Semua gambar dan video solekan peserta boleh dinilai terus oleh tenaga pengajar.
Tips di mana mendapatkan make up, peralatan, cara penggunaan dan lain-lain boleh tanya terus dan dapat jawapan dari Deqsha.
3) 3 sesi Kelas Pemantapan Make Up setiap 2 bulan, selama 6 bulan.
Sesi ini Deqsha akan lihat hasil peserta dan nilai lagi prestasi peserta. Sila bawa model masing-masing.
4) Barangan Make Up lengkap untuk mulakan kerjaya.
Sebelum kelas bermula, peserta akan diberikan barangan dan peralatan make up bernilai RM2,000 supaya peserta boleh mula ambil tempahan make up sebaik sahaja habis kelas.
5) Kelas Pemasaran Kos Rendah & Pengurusan Kewangan.
Ramai peserta takut mula bisnes kerana tidak tahu cara mendapatkan pelanggan yang memerlukan servis masing-masing. Dengan menyertai kursus ini, peserta dapat sertai kelas pemasaran kos rendah yang praktikal dan dapat digunakan oleh semua peringkat umur.
6) Sijil Penyertaan Disediakan
Sijil penyertaan kursus make up akan diberikan sebaik tamat kelas.
7) Makan dan Minum Sepanjang Kursus Disediakan
Segala makan minum sepanjang kelas make up dan 3 sesi kelas pemantapan disediakan.
8) Pinjaman Hijrah Selangor untuk bayaran yuran.
Untuk memudahkan penyertaan dan melahirkan lebih ramai usahawan, Hijrah Selangor (anak syarikat kerajaan negeri Selangor) menyediakan pinjaman untuk latihan di bawah Program Zero to Hero. Untuk kursus ini, bayaran balik adalah serendah RM43/minggu. Tiada lagi alasan untuk jana pendapatan dari bakat dan minat anda. Untuk maklumat lanjut tentang pinjaman Hijrah, hubungi Cik Wawa 018-365 8988.
Ada syarat-syarat pinjaman. Sila baca dan fahami syarat pinjaman terlebih dahulu.
Syarat-syarat Pinjaman Hijrah
- Wanita sahaja (tergolong dalam kategori belia, ibu tunggal sangat digalakkan memohon).
- Umur 21-45 tahun.
- Penduduk negeri Selangor. (Kad pengenalan luar dibenarkan memohon dengan syarat bermastautin di Selangor).
- Peserta, suami atau ahli keluarga serumah bukan peminjam Hijrah Selangor sedia ada.
Tamat kelas terus boleh bina kerjaya dalam bidang ini!
Saya berminat sertai kelas ini!
Atau hubungi terus Cik Wawa di talian 018-365 8988.
Tarikh Kelas Diadakan
Ambilan terhad setiap bulan.
Kursus Solekan Bersama Deqsha:
2 hari, Sabtu & Ahad
9am-5pm
Tempat
Tisas Academy, 29A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tel: +603-55242494/ +6019-3129606
https://goo.gl/maps/csndPvSg3892
Siapa Patut Hadir
Belia yang ingin melanjutkan kemahiran dalam bidang solekan.
Surirumah dan ibu tunggal yang ingin menambahkan pendapatan dalam bidang solekan.
Yuran Yang Dikenakan
Yuran Pengajian, Barangan & Pemantauan selama 6 bulan RM4,000 sahaja.
(Pinjaman disediakan oleh Hijrah Selangor).
Bayaran mingguan hanya RM43/ minggu.
BERITA BAIK! Masa mula kelas tiada bayaran dikenakan. Bayaran hanya bermula selepas kelas, hanya labur RM43/ minggu untuk kelas ilmu untuk jana pendapatan, asah kemahiran anda! Ilmu yang bakal digunakan seumur hidup. Insurans disediakan untuk melindungi para peminjam.
AMARAN! Kelas Make Up ini terbuka hanya untuk 30 peserta peserta sahaja. Sebarang penyertaan selepas 30 orang peserta tidak dapat diproses.
Siapa Deqsha?
Biar gambar berbicara, Deqsha merupakan make up artist berpengalaman dan ini adalah antara selebriti yang mendapat sentuhan beliau.
Fasha Sandha
Erra Farzira
Jihan Musa
Umie Aida dan Mok Cun The Theatre