cara hilangkan sakit badan

Ikuti cara hilangkan sakit badan yang praktikal dan mudah dibuat ini. Sebenarnya, banyak punca sakit badan. Kebiasaannya salah postur duduk, tidur mahupun mengangkat barang, kesakitan otot akibat bersukan secara berlebihan dan kurang aktiviti regangan dan ada juga disebabkan angin dalam badan. Jadi pastikan puncanya terlebih dahulu, baru tahu cara nak atasinya. 

URUTAN KENDIRI (SELF-MASSAGE TECHNIQUES)

Urutan kendiri boleh dijalankan di pejabat atau di rumah untuk melegakan kelenguhan badan akibat salah postur atau lenguh. Sementara nak tunggu rawatan yang lebih lanjut, urutan kendiri ni terbukti dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fokus.

Di sini kami sertakan gambar untuk melegakan bahagian badan tertentu. Mudah dan boleh dilakukan di mana-mana! Kalau kawan sebelah kat pejabat tu tengah complaint sakit badan, cubalah urutan ini! Ianya salah satu cara hilangkan sakit badan.

Oh ya, poster ini boleh diprint dan ditampal di pejabat/ surau pejabat. Mana tau, dapat membantu lagi ramai orang yang memerlukan, betul tak?

9-teknik-urutan-kendiri

MINUMAN HALIA SUSU

Jika sakit badan disebabkan angin dalam badan, cuba resepi mudah ini. Resepi ini sangat popular dan sangat mujarab untuk membuang angin. Mudah saja, cuma perlukan susu segar dan halia.

Bahan-bahan:

Susu segar

Halia sebesar ibu jari

susu halia

Cara membuatnya:

  1. Hiris nipis halia yang telah dibersihkan.
  2. Renehkan susu dan halia di atas api perlahan, sehingga mendidih.
  3. Sedia diminum. Mudahkan?

Seeoloknya diminum semasa masih suam. Angin keluar non-stop!

*Kredit kepada www.keluarga.my

 
TAMPAL KOYOK

Cara segera nak melegakan kesakitan tanpa perlu bantuan orang lain (kecuali minta tolong tampal di bahagian yang tak sampai), ialah tampal koyok. Ingat tak mak-mak dan nenek-nenek kita sering tampal koyok untuk hilangkan sakit badan. Mungkin sekarang tiba giliran kita pula.

cara hilangkan sakit tinispa

URUTAN BADAN

Urut badan menjadi pilihan sesetengah orang untuk mengatasi rasa penat, letih, dan melegakan beberapa bahagian tubuh yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja.Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk tubuh, urut badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat. Bukan itu saja, terdapat beberapa kebaikan lain yang diperoleh setelah melalui proses urut badan tersebut.

Antara faedah urutan ialah

  • melegakan sakit otot dan badan
  • melancarkan peredaran darah
  • mengurangkan tekanan
  • menggalakkan tidur lena
  • melancarkan sistem limfa dan melancarkan pembuangan toksin
  • meningkatkan daya tahan badan
  • mengurangkan tekanan dan stress

Baca faedah Urutan Aromaterapi di sini.

Klik di sini untuk beli baucer Urutan Aromaterapi.

aromatherapy-massage-tinispa

massage-tinispa

Klik di sini untuk dapatkan baucer diskaun RM50 untuk rawatan RM100 ke atas.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

RM50-Voucher-Tinispa
 
INDIBA MEDIMASSAGE

Pernahkan anda mengalami sakit sendi akibat bersukan? Atau ibu tidak dapat menjalankan solat dengan selesa akibat sakit lutut dan sendi? Atau sakit bahu dan leher akibat salah postur badan? Untuk masalah serius seperti ini, Indiba Medimassage dapat membantu.

Indiba MediMassage ialah urutan seluruh badan unik gabungan urutan manual dan penggunaan mesin berteknologi proionik Indiba. Teknologi proionik ini memberikan kesan yang lebih mendalam memberi kelegaan berterusan kepada badan.

Keistimewaan rawatan ini mengurangkan kesakitan otot dan sendi dengan berkesan, melancarkan peredaran darah, melancarkan sistem limfa (lymphatic drainage), menenangkan melalui kesan biothermal, menggalakkan tidur lena.

Mesin Indiba diimport dari Sepanyol dan digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Jepun dan Korea sejak 30 tahun dahulu.

Info lanjut tentang Indiba MediMassage, klik di sini.

Indiba-medimassage-tinispa

Beli baucer percubaan pertama Indiba MediMassage di sini. *Tertakluk terma dan syarat.

Indiba-medimassage-tinispa

Selamat mencuba!

P/s: Dah habis baca, jangan lupa share artikel ni kepada ahli keluarga atau rakan-rakan. Mana tahu dapat memberi manfaat kepada mereka.

Untuk maklumat lanjut anda bileh hubungi kami melalui Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.