5 CARA KEMAS RUMAH KAEDAH KONMARI

Bila nak mengemas rumah, ada je alasan. Tangguh lagi.. Esok, lagi bersepah. Apabila kita mengemas dan meyusun atur, ia menjadikan hidup lebih tenang dan teratur. Tak percaya? Siapa rasa lega selepas kemas dompet atau beg tangan? Itulah kesan psikologi ke atas kehidupan kita, rasa lega, ringan. Kami ringkaskan 5 cara kemas rumah kaedah Konmari yang bakal mudahkan usaha anda.

Sekarang kerja mengemas rumah jadi lebih mudah dengan teknik Konmari yang diperkenalkan oleh wanita cilik dari Jepun, Marie Kondo. Kaedah Konmari yang diperkenalkan oleh Marie Kondo ini menjadi fenomena di kalangan penduduk Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi selepas TV siries berjodol ‘Tidying Up With Marie Kondo’ disiarkan. Kaedah ini diinspirasi dari gaya hidup minimalis untuk menguruskan barangan mengikut kategori, bukan mengikut bilik ke bilik. Matlamat utama kaedah Konmari ini ialah untuk akhirnya memiliki rumah yang hanya dipenuhi oleh barangan yang membawa kebahagiaan (spark joy).

Perkara penting, Marie Kondo berpesan, declutter dulu, kemudian baru menyusun.

Jom kita sama-sama ikut 5 cara mudah kemas rumah kaedah Konmari dengan berkesan. Selepas proses ini, anda pasti lega dan lapang dada!

Langkah 1: Rancang ikut kategori

Sebelum bermula, bahagikan rancang aktiviti mengikut kategori di bawah:

  1. Pakaian
Konmari+tinispa

2. Buku

konmari+tinispa

3. Kertas/ dokumen

konmari+tinispa

4. Lain-lain (dapur, stor, ruang tamu)

konmari+tinispa

5. Barangan sentimental

konmari+tinispa

Langkah 2: Mulakan dengan kategori pakaian

  1. Longgokkan SEMUA pakaian anda di 1 bahagian rumah contohnya, di ruang keluarga. Ya, semua. Langkah ini penting ya, untuk pastikan anda sedar betapa banyaknya baju yang anda miliki selama ini.
konmari+tinispa
  • Asingkan pakaian yang nak disimpan dan pakaian yang nak disisihkan/ diderma.
  • Wajib pegang SETIAP SATU pakaian tersebut dan tanya diri anda, “Does it spark joy?” atau “Adakah ia membawa keceriaan/ kebahagiaan?” Jika jawapannya Tidak, berterima kasih kepada baju tersebut dan letak dilonggokan untuk disisih/ diderma.
  • Jika ya, untuk kumpulan baju yang disimpan, bolehlah digantung dengan kemas dan dilipat dengan kaedah Konmari. Lihat video cara lipatan baju Konmari di sini.
  • Hasilnya.. tadaaa…
  • Ingat ambil gambar sebelum dan selepas anda mengemas, pasti puas hati.

Selepas habis sesi ini, baru kita tahu yang selama ini, kita banyak simpan barangan tak diperlukan yang akhirnya menyemakkan fikiran dan ruang. Kepuasan terpancar selepas nampak ruang yang lapang. Baru semangat nak teruskan ke kategori lain! Yeahhh…

Langkah 3: Kategori Lain

  1. Selepas selesai bahagian pakaian, bergerak pula di bahagian buku. Buku lama banyak tertimbun, terutama buku sekolah anak-anak. Masa inilah nak sisihkan mana yang tak pakai.
  2. Ikut proses yang sama seperti kategori baju. Longgokkan SEMUA buku di dalam rumah.
  3. Pegang setiap satu buku dan tanya “Does it spark joy?”. Jika tidak, asingkan untuk diderma atau dikitar semula.
  4. Jika Ya, susun buku dengan teratur mengikut kategori.
  5. Akhirnya, yang tinggal dalam simpanan kita, hanyalah barang-barang yang memberi makna sahaja. Less clutter, more meaningful life.
  6. Ulang setiap langkah ini untuk kertas/ dokumen, ruangan lain seperti dapur, ruang tamu dan stor dan akhir sekali, barangan sentimental. Menurut Marie Kondo, wajib ikut turutan ini. Bayangkan kalau kita mula mengemas dengan barangan sentimental, seperti gambar lama, pasti semua projek ini tergendala, sebab semua kita nak simpan. Jadi ikut aturan ini sangat penting dan berkesan. J

*Gambar ihsan Google dan Pexels.

Langkah 4: Tetapkan tempoh  waktu dan libatkan ahli keluarga

  1. Ambil masa, jangan terburu-buru. Siapkan jadual yang dirasakan logik supaya tidak mudah putus asa. Contohnya, untuk bahagian baju, mungkin boleh mengemas pada 2 kali hujung minggu berturut-turut. Ikut keselesaan masa, asalkan anda tetapkan matlamat, bila untuk siapkan projek ini.
  2. Libatkan ahli keluarga, contohnya, untuk pakaian suami dan anak-anak, pastikan mereka pilih pakaian/ barangan yang memberikan joy. Ajak sama-sama melipat dan menyusun mengikut cara hidup baru ini.
  3. Sekarang nikmati kehidupan yang lebih ringan, praktikal, less clutter dan dikelilingi insan dan barangan yang lebih bermakna.

Langkah 5: Peraturan baru – Beli satu, buang satu

  1. Untuk memastikan kaedah Konmari ini kekal dalam masa panjang, disiplinkan diri supaya tidak mengumpul semula tabiat lama.
  2. Banyak caranya. Antara kegemaran saya ialah peraturan beli satu, buang satu. Setiap kali beli pakaian baru, saya pastikan membuang/ menderma pakaian yang tidak lagi spark joy.
  3. Dengan ini, almari pakaian kekal lean dan dipenuhi barangan bermakna sahaja.
  4. Membantu bukan? Sekiranya anda dapati, artikel ini membantu anda dalam mengemas rumah, kongsikan kepada rakan-rakan yang masih stuck ok?

Selepas lelah menguruskan rumah, reward diri dengan Urutan Aromaterapi yang menenangkan yang membantu menghilangkan sakit otot dan memberikan tidur malam yang lena. Anda berhak menikmatinya setelah berhempas pulas membersihkan rumah untuk keselesaan seisi keluarga. Info Urutan Aromaterapi di sini.

aromatherapy+massage+tinispa+urutan+aromaterapi

Artikel berkaitan:

Cara Hilangkan Sakit Badan

Cara Atasi Stress Di Tempat Kerja