5 Punca Kulit Berminyak
Siapa di sini yang puas mencuba elakkan pelbagai jenis cara dan langkah supaya wajah tidak berminyak? Kali ini, Tini’s Spa nak share dengan anda semua 5 punca kulit berminyak supaya anda boleh elakkan wajah anda dari berminyak.
Tidak menjaga pemakanan
- Bila sebut menjaga pemakanan, mungkin ada yang tidak berasa gembira bila terpaksa menahan diri untuk menikmati makanan kegemaran terutama yang tidak sihat. Tapi tahukah anda, dengan menjaga pemakanan anda, iaitu tidak mengambil makanan berlemak, mengandungi gula, makanan segera dan makanan bergoreng ianya boleh menangani masalah muka berminyak
Hindari stress
- Stress merupakan salah satu faktor utama mengundang masalah kulit berminyak. Penat bekerja, kurang berehat, resah juga merupakan punca masalah untuk menjadi stress. Keadaan stress akan menghasilkan hormon kartisol pada wajah dan inilah punca mengapa minyak muncul pada kulit wajah. Jika dibiarkan ianya akan dapat menimbulkan jerawat.
Pola tidur tidak menentu
- Tidak cukup tidur atau sering berjaga waktu malam juga termasuk salah satu punca muka berminyak. Dapatkan tidur yang berkualiti serta tidur yang cukup supaya ianya berkualiti.
Perubahan cuaca
- Apabila cuaca panas secara tiba-tiba, sekali gus muka akan kerap berpeluh. Itu juga boleh menjadi punca muka berminyak, namun kita boleh menjaga muka kita supaya kekal lembap dan tidak begitu terdedah pada sinaran matahari kerana ianya juga akan menjadikan kulit kita mudah rosak
Pemakaian produk yang salah
- Apabila memakai produk yang salah serta merosakkan kulit wajah, ianya akan mengakibatkan wajah mudah rosak serta boleh menyebabkan kulit wajah lebih berminyak bergantung kepada kesalahan pemakaian produk tersebut. Di Tini’s Spa, sebelum pembelian produk dilakukan, terapis kami akan mengenal pasti masalah kulit pelanggan terlebih dahulu supaya tiada tersalah produk dibeli. Pelanggan diajar cara pemakaian produk dengan betul kerana ianya penting supaya tidak merosakkan kulit wajah.
Jika anda masih ragu-ragu dengan produk yang anda gunakn sekarang, anda boleh dapatkan nasihat dari terapis kami mengenai pemilihan produk yang sesuai untuk kulit wajah anda.
Carbon Assist Treatment
Carbon Assist Treatment Facial merupakan facial khusus untuk merawat masalah kulit berminyak. Cuma RM403 sahaja untuk 1 sesi sahaja. Anda boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :
- WhatsApp 019-3129606
- Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
- Tini’s Spa Ampang 03-42701292
- Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami di talian Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.