7 Cara Penjagaan Kulit Sensitif
Kulit yang sensitif akan menjadi perkara yang paling merisaukan bagi setiap wanita. Kadangkala terpaksa terlampau berjaga-jaga supaya tidak merosakkan kulit wajah. Untuk artikel kali ini, Tini’s Spa ingin berkongsi dengan anda semua 7 cara penjagaan kulit sensitif.
Elakkan memakai produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah
- Kadangkala terdapat pelbagai produk kecantikan yang menjanjikan kesan yang pantas. Produk-produk tersebut berkemungkinan tidak sesuai dengan kulit yang sensitif kerana ianya akan mengakibat kulit makin cepat rosak. Dinasihatkan setiap kali ingin bertukar produk dapatkan dahulu nasihat daripada mereka yang berpengelaman dalam bidang kecantikan supaya tidak tersalah memilih produk.
Lap wajah dengan tisu muka/ tuala muka
- Bagi mereka yang berkulit sensitif, anda dilarang sama sekali untuk mengelap wajah anda dengan tuala badan yang anda gunakan. Ianya adalah salah satu langkah berjaga-jaga untuk cara penjagaan kulit sensitif yang berkesan. Anda boleh gunakan tisu basah atau tuala muka untuk mengelap muka, manakala apabila menggunakan tuala muka, anda digalakkan untuk menggantikannya 2 atau 3 kali seminggu.
Elakkan scrub wajah
- Sememangnya scrub wajah ini adalah baik untuk menanggalkan sel kulit mati di wajah anda. Namun untuk kulit wajah yang sensitif, scrub wajah dianggap mengasari wajah kerana kulit sensitif dan tidak boleh digosok dengan kerap supaya kulit tidak kemerah-merahan kerana ianya akan mengakibatkan kulit tersebut makin sensitif.
Elakkan sentuh wajah dengan tangan
- Kadang-kadang tangan kita sentiasa ingin menyentuh wajah sendiri. Tahukah anda, bakteria yang paling banyak adalah di tangan kita? Selepas menyentuh pelbagai benda yang terdedah kepada bakteria, kita tidak digalakkan untuk menyentuh wajah kita kerana kulit wajah sensitif dan mudah rosak hanya dengan bakteria.
Memakai sunblock
- Pemakaian sunblock amat diambil remeh oleh ramai wanita. Bagi mereka, sunblock ini akan melekit serta perlu diulang pakai. Cari sunblock yang sesuai dan menepati citarasa si pemakai supaya ianya memberikan keselesaan pada wajah. Sinaran UV akan mengakibatkan wajah lebih mudah untuk kemerah-merahan dan mudah untuk terjadinya jeragat. Jadi, ianya penting untuk memakai sunblock sebagai salah satu cara penjagaan kulit sensitif.
Minum air masak
- Amalan minum air masak ini juga sering dilupakan oleh ramai wanita. Air masak atau air putih penting untuk mengekalkan kadar hidrasi dalam badan kita. Di samping itu, ianya dapat membantu mengeluarkan toksin dalam badan yang membuatkan kulit wajah kita mudah kusam dan berjerawat. Kulit sensitif juga perlu dijaga dengan minum air putih secukupnya supaya kulit tidak kering dan kekal hidrat.
Lakukan Ultracalming Facial
- Bagi mereka yang memiliki kulit wajah yang sensitif, anda boleh cuba Ultracalming Facial di Tini’s Spa. Cuma RM198 sahaja. Untuk tempahan slot anda boleh hubungi kami melalui talian seperti yang tertera di bawah.
- WhatsApp 019-3129606
- Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
- Tini’s Spa Ampang 03-42701292
- Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami di talian Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.