Apabila tiba Hari Ibu a.k.a. Mother’s Day saban tahun, mungkin ada di antara kita kehabisan idea tentang hadiah yang nak diberikan kepada insan yang paling istimewa dalam hidup kita ni kan. Ye lah, bukan apa, tak tahulah, sama ada ibu suka ke tidak tudung yang kita berikan tahun lepas. Macam dah ada je warna biru yang kita bagi tu.. Alahai..
Jadi untuk memudahkan kerja puan-puan yang sememangnya mementingkan kualiti masa, kami sediakan 7 idea bernas hadiah Hari Ibu, tinggal nak pilih sahaja.
1) Jambangan Bunga Kegemaran
Sebagai anak mithali, kenali bunga yang paling digemari ibu. Adakah bunga lili, bunga mawar atau orkid? Jika ibu meminati gardening, kami cadangkan hadiahkanlah koleksi tanaman yang paling beliau minati. Mugkin cactus atau orkid? Pasti hati ibu berbunga dan ingat kamu sentiasa apabila tanamannya berbunga.
2) Tudung Atau Shawl Kesukaan
Kali ini pastikan betul-betul tudung/ shawl/ jubah yang ibu gemari. Adakah ibu sukakan shawl gaya chic umpama Duck Scarf atau simple seperti Naelofar? Atau yang glamour bling bling bak fesyen Ariani dan Fareeda? Atau Jika pilihan kita kena dengan taste ibu, barulah hatinya gembira.
3) Masak Masakan Kegemaran Ibu
Hadiah ini lebih kepada berbentuk pengalaman indah untuk ibu ingat sampai bila-bila. Jika ibu minat Rendang Tok, ambil inisiatif untuk masak rendang walaupun bukan musim raya. Tambah lagi dengan kata-kata manis, “hari ini saya masak rendang tok ni khas untuk mak untuk meraikan Hari Ibu“, dengan harapan redang tok tu sedaplah! Hehehehehe
[av_promobox button=’yes’ label=’Dapatkan Sekarang!’ link=’product,3393′ link_target=’_blank’ color=’red’ custom_bg=’#444444′ custom_font=’#ffffff’ size=’large’ icon_select=’no’ icon=’ue800′ font=’entypo-fontello’ box_color=” box_custom_font=’#ffffff’ box_custom_bg=’#444444′ box_custom_border=’#333333′]
Hadiahkan ibu tersayang dengan rawatan spa menenangkan sempena HARI IBU.
Dapatkan baucer rawatan spa SEKARANG!
[/av_promobox]
4) Berkelah Bersama Cucu
Cadangan ini juga lebih kepada pengalaman di mana kita rancang a simple picnic dengan anak dan cucu ibu. Lebih indah jika ada acara memotong kek comel untuk ibu.
5) Set Rawatan Wajah
Semua ibu ingin kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia mereka. Dengan rutin penjagaan kulit betul dan teratur, impian ibu bakal menjadi kenyataan. Kami ingin mencadangkan produk yang kaya dengan Peptida untuk menjana kolagen dan menganjalkan kulit, supaya garis-garis halus semakin berkurangan di sekitar mata dan mulut ibu.
*Gambar ini menunjukkan testimoni pelanggan Tini’s Spa yang mengunakan MAP-15 Regenerator dari Dermalogica selama 3 hari. Face Mapping PERCUMA disediakan untuk semua jenis masalah kulit anda.
6) Hi-Tea
Haaaa ini cadangan untuk puan-puan yang tidak punya masa untuk memasak atau merancang acara berkelah dan ada bajet lebih untuk hi-tea di hotel terpilih. Survey dulu harga dan buffet spread yang menarik di hati ibu. Ambil masa menikmati makanan sambil bercerita nostalgia lama bersama ibu.
7) Rawatan Spa
Jika anda inginkan masa menyendiri berdua bersama ibu, maka rawatan spa adalah yang paling ideal. Ambil masa untuk merehatkan dan memanjakan tubuh badan bersama insan teristimewa dalam hidup kita. Bilakah kali terakhir anda menghadiahkan sesi urutan aromaterapi yang melegakan atau sesi facial yang menyegarkan untuk ibu tersayang? Di Tini’s Spa, kami bukan sahaja menawarkan rawatan menghilangkan stress, rawatan spa dan facial, malah kami juga memudahkan proses menghadiahkan untuk insan teristimewa ini.
Klik di sini untuk mendapatkan baucer rawatan spa atau facial sebagai hadiah untuk ibu anda.
[av_button label=’Dapatkan Hadiah Baucer Spa Sekarang!’ link=’product,3393′ link_target=’_blank’ size=’large’ position=’center’ icon_select=’yes-right-icon’ icon=’ue806′ font=’entypo-fontello’ color=’pink’ custom_bg=’#444444′ custom_font=’#ffffff’]
Apa pun pilihan hadiah anda, kami pasti ibu tetap menghargai pilihan tersebut. Sebagai anakanda, tanggung jawab kita ialah untuk menenangkan hati ibu setelah segala jasa dan bakti telah beliau korbankan sejak kita kecil lagi. Kini tiba giliran kita menabur bakti untuk insan bergelar IBU selagi nyawa dikandung badan.
[av_promobox button=’yes’ label=’Dapatkan Sekarang!’ link=’product,3393′ link_target=’_blank’ color=’red’ custom_bg=’#444444′ custom_font=’#ffffff’ size=’large’ icon_select=’no’ icon=’ue800′ font=’entypo-fontello’ box_color=” box_custom_font=’#ffffff’ box_custom_bg=’#444444′ box_custom_border=’#333333′]
Hadiahkan ibu tersayang dengan rawatan spa menenangkan sempena HARI IBU.
Dapatkan baucer rawatan spa SEKARANG!
[/av_promobox]
Promosi Hari Ibu: Mother & Me At Tini’s Spa
Aromatherapy Massage + Relaxing Masque Untuk 2 Orang
KINI RM340 sahaja.
Klik gambar untuk beli baucer. Baucer sah sehingga 1 tahun selepas tarikh pembelian.