5 Langkah Menetapkan Matlamat Tahun Baru

Selamat tinggal 2017 yang penuh dengan suka duka, kenangan pahit dan indah, kegagalan dan kejayaan, penyesalan mahupun harapan. Yang pasti, tahun baru 2018 menjelma lagi, di mana lebih banyak peluang dan harapan yang lebih baik bakal kita rancang dan corakkan.

Selamat Tahun Baru 2018 Tinispa

Selamat tahun baru kami ucapkan buat semua pembaca. Asal tahun baru je, kita buat azam tahun baru dan matlamat.

Ambil sedikit masa untuk renung kembali tahun lepas, apa yang tercapai dan apa yang boleh diperbaiki. Matlamat hidup sangat penting untuk memastikan kehidupan lebih bermakna dan fokus.

goal

Di sini kami kongsikan tips dan kaedah untuk mencapai setiap matlamat. Kita pecahkan kepada 5 langkah mudah.

  1. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai.

Perkara ini paling mudah dilakukan. Anda cuma perlu tanya, “Apa yang ingin saya capai dalam 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun? Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, pilih 1 matlamat untuk  perkara di bawah

  • Kesihatan
  • Kekayaan/ simpanan
  • Hubungan
  • Kerohanian

Matlamat yang baik haruslah spesifik, boleh diukur, diberi tempoh dan realistik.

Contoh matlamat yang lemah:

Saya ingin menurunkan berat badan.

Contoh matlamat yang baik:

Saya ingin menurunkan berat badan sebanyak 5kg sebelum April.

Haaaa, senang je kan? Sekarang cuba tuliskan matlamat yang ingin anda hajatkan.

 

tslim

>>Percubaan pertama Indiba Slimming Treatment hanya RM240 sahaja.<<<

Lihat keberkesanannya selepas 1 sesi. Klik di sini untuk membeli baucer rawatan.

 

2. Pecahkan kepada pelan tindakan yang mudah dan ringkas untuk dicapai.

Setiap matlamat mungkin terlalu ‘besar’ untuk dicapai namun ianya akan semakin mudah dilaksanakan jika dipecahkan kepada bite-size action plan atau pelan tindakan.

Contoh pelan tindakan:

a) Kawal kalori permakanan kpd 1200kcal sehari.

b) Bersenam 7 minit setiap pagi sebelum mandi.

Pelan tindakan ini merupakan ‘jalan-jalan’ menuju ke destinasi anda.

exercise tinispa

3. Tulis matlamat anda.

Matlamat yang tidak ditulis hanyalah mimpi di siang hari. Jika matlamat itu benar-benar bermakna untuk anda, pastikan anda tulis dan tampal di tempat yang anda boleh lihat setiap hari. Dengan menulis, anda memberitahu minda separa sedar anda untuk bekerja ke arah mencapainya. Dan tahukah anda, minda separa sedar kita sangat berkuasa?

Di sini kami sertakan goal setting template untuk kemudahan anda. Anda cuma perlu print, tulis dan tampal di tempat yang anda sering nampak, contohnya di pintu almari atau di work station anda.

 

4. Sentiasa ingat matlamat anda.

Sekarang, destinasi dan perjalanan ke sana sudah pun jelas. Pastikan anda fokus untuk sampai ke sana. Sentiasa ingatkan diri dengan matlamat yang ingin anda capai. Antara tips untuk mengingati matlamat anda:

  • Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang sentiasa menggalakkan anda untuk ke arah matlamat tersebut.
  • Tulis dan tampal kertas matlamat supaya anda boleh review setiap hari, terutamanya pada sebelah pagi.
  • Letakkan sebagai desktop background jadi setiap kali anda ON laptop, anda pasti melihat matlamat tersebut.

goals tinispa

5. Buat 1 aktiviti yang mendekatkan anda dengan matlamat anda setiap hari.

Pastikan anda membuat 1 aktiviti yang membawa anda semakin dekat kepada matlamat anda, tak kira 10 minit atau 2 jam sehari. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit dan yang penting ia menjadi tabiat yang membina. Tanpa anda sedari, anda sudahpun mencapai matlamat tersebut! Jika anda mencapainya, ambil masa untuk pat your back dan hadiahkan diri anda sendiri dengan kemenangan tersebut. Antaranya boleh belanja diri sendiri aiskrim sedap ^_^, tengok wayang atau urutan di spa.

Sekarang masih belum terlambat untuk goal setting, jadi apa kata anda mulakan hari ini dengan langkah-langkah mudah ini.

Semoga anda mencapai apa yang diimpikan!

 

============================================

 

PROMOSI NEWBIE NEW YEAR DEAL 2018 RM86 SAHAJA

Ultracalming Facial bernilai RM168

Dermalogica miniature bernilai RM30

Harga Asal =RM198, KINI RM86.

Jimat RM112.

Untuk beli baucer online, klik di sini.

facial tinispa newbie new year 2018