7 Petua Atasi Rambut Gugur Bagi Wanita Bertudung

Apabila meningkat usia, ramai wanita yang bekerjaya terutamanya serta memakai tudung mudah mengalami masalah keguguran rambut yang banyak. Ianya makin merimaskan apabila mula bersepah-sepah di lantai. Apa yang makin merisaukan adalah ianya akan mengakibatkan kepala mudah botak.  Tini’s Spa ingin berkongsi dengan pembaca 7 petua atasi rambut gugur bagi wanita bertudung.

1.Gunakan sikat bergigi jarang

Petua Atasi Rambut Gugur

Cuba cari sikat yang bergigi jarang, kerana ianya dapat membantu supaya rambut yang rapuh tidak akan ditarik dengan kasar dan akan mengakibatkan rambut tesebut mudah gugur atau putus. Sikat rambut yang normal adalah lebih mudah untuk menarik rambut dan mengakibatkan rambut semakin bekurangan di sesetengah bahagian. Sikat juga merupakan salah satu petua atasi rambut gugur bagi wanita bertudung di luar sana.

2.Hilangkan kusut rambut sebelum anda syampu rambut anda

Petua Atasi Rambut Gugur

Sebelum membasuh rambut, anda digalakkan untuk menyikat dahulu rambut anda supaya kekusutan pada rambut tersebut menjadi rapi. Kebiasannya, wanita di luar sana, lebih gemar untuk mencuci rambut ketika rambut tersebut sedang kusut.

3.Makan makanan tinggi protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan tesebut mengandungi protein dan juga B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut kita. Pemakanan juga penting untuk rambut, oleh sebab itu ianya menjadi salah satu petua atasi rambut gugur bagi wanita bertudung.

4.Berhenti gunakan haba pada rambut

rambut gugur+tinispa+davines

Semua wanita digalakkan untuk tidak terlampau kerap mengeringkan rambut mengguanakan mesin pengering rambut. Haba panas yang akan menjadikan akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut anda. Sebaiknya biarkan sahaja rambut tersebut dikeringkan dengan udara sahaja.

5.Minum banyak air putih

rambut gugur+tinispa+davines

Air menjadi petua di mana sahaja penyelesaian untuk masalah kesihatan. Kini ianya menjadi salah satu petua atasi rambut gugur bagi wanita bertudung. Minum air 4 hingga 8 gelas sehari kerana ianya dapat menyalurkan kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut untuk lekas tumbuh.

6.Jangan ikat rambut terlalu ketat

rambut gugur+tinispa+davines

Selain daripada itu, ramai di antara kita mengikat rambut seketatnya supaya rambut tersebut ridak mudah terlerai. Tahukah anda, apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dan dekat dengan kulit kepala, ianya akan menarik akar rambut tersebut, sehingga menmbuatkan akar rambut itu lemah. Jadi sebaiknya jarakkan sedikit ikatan tersebut dengan kulit kepala.

7.Gunakan produk yang sesuai untuk kesihatan rambut anda

Terdapat pelbagai produk penjagaan rambut pada masa kini yang dapat membantu menyelesaikan masalah rambut gugur. Sebagai contoh, produk Davines merupakan produk yang terbaik untuk masalah berkaitan penjagaan rambut. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat tentang produk tersebut di Tini’s Spa berhampiran anda.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :

  • WhatsApp 019-3129606
  • Cawangan Shah Alam 03-55235718
  • Tini’s Spa Ampang 03-42701292
  • Tini’s Spa Bangi 03-89289529

Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami di talian Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.

Artikel berkaitan :