7 Petua Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan
Pasti ramai wanita di luar sana bingung memikirkan jalan penyelesaian setiap kali tumbuhnya jerawat di wajah kan? Untuk artikel kali ini Tini’s Spa ingin berkongsi bersama anda semua 7 petua hilangkan jerawat dengan berkesan.
1.Serbuk kunyit
- Serbuk kunyit sebenarnya merupakan salah satu bahan untuk petua hilangkan jerawat dengan berkesan. Campurkan 1 sudu serbuk kunyit bersama beberapa titis air, gaulkan sehingga ianya menjadi pes. Sapukan pes tersebut pada jerawat dan biarkan beberapa minit. Lakukan berulang kali sehingga hilang jerawat tersebut.
2.Jus daun pudina
- Daun pudina jarang digunakan untuk penjagaan wajah, namun ianya mempunyai zat tersendiri untuk hilangkan jerawat dengan berkesan. Caranya ialah, kisarkan daun pudina bersama dengan sedikit air,kemudian tapis airnya dan sapu pada seluruh wajah. Sebaiknya lakukan langkah ini sebelum tidur dan biarkan ianya semalaman supaya dapat mengecutkan jerawat yang tumbuh itu.
3.Jus buah lemon
- Buah lemon sememangnya banyak digunakan dalam kebanyakan petua atau tips. Ianya juga boleh digunakan dalam petua hilangkan jerawat dengan berkesan. Caranya ialah perah jus lemon kemudian ambil bebola kapas, rendamkan sebentar dan tekap pada jerawat selama 20 minit. Untuk kesan yang pantas dan berkesan, sebaiknya lakukan 2 atau 3 kali sehari.
4.Bawang putih
- Bawang putih adalah salah satu bahan yang tidak asing lagi bagi wanita, kerana ianya merupakan bahan utama dalam masakan. Namun bawang putih juga dapat digunakan sebagai salah satu bahan petua ini. Potongkan bawang putih kepada 2 dan terus tekapkan pada jerawat sehingga anda rasa jus bawang itu melekat pada jerawat tersebut. Jus bawang putih ini sebenarnya mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan pantas dan cepat.
5.Ubat gigi
- Mesti hairan mengapa ubat gigi boleh digunakan sebagai petua hilangkan jerawat dengan berkesan. Sebenarnya ubat gigi mengandungi bahan yang sejuk dan dingin. Ianya boleh diletakkan pada jerawat yang tumbuh dan biarkan ianya semalaman, supaya jerawat tersebut mudah kecut dan mengecil.
6.Jus timun
- Timun sememangnya terkenal dengan bahan yang sejuk dan dapat memberikan lembapan pada wajah dengan baik. Ianya juga kerap digunakan sebagai bahan utama untuk detoks. Untuk petua ini, hiris timun dan rendamkan di dalam air selama sekurang-kurangnya 1 jam. Kemudian minum airnya kerana ianya akan membantu kulit untuk kekal hidrat dan dapat menyingkirkan toksin dalam badan yang menjadikan jerawat mudah untuk tumbuh di wajah.
7.Acne Clearing Facial
- Acne Clearing Facial di Tini’s Spa sering menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang mengalami masalah kulit berjerawat. Acne Clearing Facial di Tini’s Spa bernilai RM 198 sahaja untuk 1 sesi. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan slot, anda boleh hubungi kami melalui nombor telefon yang tertera di bawah.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :
- WhatsApp 019-3129606
- Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
- Tini’s Spa Ampang 03-42701292
- Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.