5 Tabiat Harian Untuk Si Kulit Cantik
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka yang memiliki kulit yang cantik dan bersih menjaga kulit mereka? Hari ini, Tini’s Spa ingin kongsikan dengan anda semua 5 Tabiat Harian Untuk Si Kulit Cantik.
Tidur yang mencukupi
- Tidur adalah perkara paling penting untuk diikuti. Kulit yang cantik terhasil apabila anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap hari kerana sewaktu tidur, kulit kita dapat berehat sepenuhnya. Cukupkan tidur anda 6 hingga ke 8 jam supaya kulit anda dapat berehat sepenuhnya.
Elakkan tekanan
- Tekanan merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi semua wanita di luar sana. Namun tekanan sebenarnya akan mengaibatkan wajah kita mudah rosak, atau kusam. Kita dielakkan untuk terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling dan perlu belajar untuk mengawal emosi semasa tertekan.
Pemakan yang tidak sihat
- Pemakanan yang tidak sihat menjadi kegemaran bagi rakyat Malaysia pada masa kini kerana ianya mudah untuk didapati serta lebih cepat. Makanan yang tidak sihat sebagai contoh adalah makanan bergoreng, makanan segera, makanan mengandungi kandungan gula yang tinggi, serta makanan proses yang mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Elakkan makanan seperti itu dan jagalah pemakanan anda dengan mengambil makanan berkhasiat serta berzat tinggi.
Senaman
- Senaman adalah cara terbaik untuk membuang toksin di dalam badan. Apabila toksin terlampau banyak di dalam badan, kadangkala ianya akan mengakibatkan kulit wajah mudah rosak serta kusam dan berjerawat. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya dapat membuang toksin yang terkumpul di dalam badan.
Lakukan facial
- Facial atau rawatan wajah di pusat kecantikan juga amat penting supaya segala kotoran di wajah dapat dibuang sebagai contoh Blackhead dan whitehead tidak bagus untuk dibiarkan terlampau lama di wajah anda. Di Tini’s Spa, terdapat pelbagai jenis rawatan wajah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masalah wajah yang ingin diselesaikan.
Oxyinfusion Hydra Isotonic Facial
Rawatan wajah yang baru sahaja diperkenalkan di Tini’s Spa ini sebenarnya dapat menjadi salah satu cara mengatasi masalah kulit kering. Ianya juga dapat memberikan lembapan sebaiknya pada wajah kerana menggunakan gabungan 2 rawatan sekali gus iaitu Oxyderm Facial Treatment serta Hydroderm Facial Treatment. Harganya Cuma RM438 sahaja manakala untuk PERCUBAAN PERTAMA ianya bernilai RM198 sahaja! Anda boleh klik butang Whatssap untuk menghubungi kami.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :
- WhatsApp 019-3129606
- Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
- Tini’s Spa Ampang 03-42701292
- Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.