Hi semua. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman menjalani pakej rawatan selepas bersalin atau post natal treatment di Tini’s spa. Signature treatment ini lebih dikenali sebagai After Birth Treatment.
Rendaman Kaki. Mula-mula, saya dibawa juruterapi untuk merendam kaki sambil di scrub dengan Deep Sea Salt. Langkah ini bagus untuk membersihkan kotoran di bahagian kaki sebelum memulakan rawatan badan. Selepas rendaman kaki, saya dibenarkan salin pakaian dan simpan barangan berharga di dalam loker berkunci. Saya diberi kain sarung untuk berkemban sebelum ke rawatan pertama.
Sauna. Rawatan pertama ialah sauna selama 20minit. Sauna sangat baik untuk mengembangkan kapilari darah, justeru melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin melalui proses perpeluhan dan menyingkir air berlebihan dalam badan. Semasa kehamilan, badan kita menyimpan air berlebihan di dalam badan atau water retention yang tinggi. Menurut juruterapi di sini, waktu yang sesuai untuk menyingkirkan gemuk air ini ialah dalam tempoh 6 bulan pertama selepas bersalin. Jangan simpan lama-lama!
Urutan Badan dan Bertungku. Rawatan yang paling saya tunggu ialah urutan. Yelah, sakit badan selepas bersalin, Tuhan aje yang tahu. Urutannya sangat melegakan kesakitan, ditambah lagi dengan bertungku, memang ada ummppphhhhh… Menurut juruterapi, heat dari tungku ini membantu menghilangkan kesakitan otot dan urat, memecah dan membuang angin, melancarkan darah (terutama darah kotor berketul-ketul keluar) dan melancarkan susu badan. Lepas urutan ni, saya rasa badan saya sangat ringan. Senang nak membalikkan badan berbanding sebelum urutan. Ahhhhhh.. leganyaaaaaa… Ok, over. Tapi memang betul-betul lega ok…
Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Boreh Body Mask. Selepas urutan, juruterapi suruh saya meniarap pula, untuk buat body mask yang istimewa ni. Special sebab ia mengandungi campuran rempah ratus khas untuk memanaskan badan dan membuang angin dari badan. Sangat selesa dengan kehangatan boreh mask ni.
Mandi Rempah. Akhir sekali saya dibawa ke bath tub berisi mandian rempah yang harum menusuk hidung. Sebaik menjejakkan kaki dan menenggelamkan badan saya sepenuhnya, sambil bersandar merehatkan badan, seluruh tubuh saya rasa selesa sekali dengan kehangatan mandian rempah ni. Very comforting. Juruterapi saya terangkan, mandi rempah ni banyak khasiatnya. Antara khasiat mandi rempah ialah untuk memanaskan badan, mengurangkan bau badan, menghilangkan bauan dari vagina. Saya berehat sampai hampir tertidur di dalam tub tu. Selepas 30 minit, saya bilas badan dan oleskan losyen badan ke seluruh badan untuk melembapkan kulit.
Rawatan ini sangat menyegarkan badan yang lemah selepas proses bersalin, memulihkan kembali sakit-sakit otot dan buang angin dalam urat. Betul-betul ringan dan segar badan saya selepas menjalani rawatan ini. Sangat dialu-alukan bukan sahaja untuk ibu-ibu muda yang baru lepas bersalin, tetapi juga bagus untuk wanita yang sering sakit pinggang dan belakang.
Keseluruhan rawatan ini mengambil masa 2 jam 15 minit. Sangat berbaloi dengan harganya RM248 untuk 1 sesi.
Untuk ibu-ibu yang bersalin secara normal, dicadangkan buat rawatan 3 hari atau seminggu selepas bersalin, seelok-eloknya 3 sesi. Sekiranya masa tidak mengizinkan, ada yang datang selepas sebulan selepas bersalin, yang mana rawatan lebih mudah sebab darah nifas sudah kering.
Bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan atau Caesarean/ C-section, boleh datang setelah 6 bulan selepas bersalin untuk memastikan luka pembedahan sudah betul-betul sembuh.
Ini pendapat saya, sebagai seorang wanita, kita patut dan wajib jaga diri kita terutama selepas menjalankan tanggung jawab yang sangat besar dan sangat indah di saat menjadi ibu, melahirkan zuriat ke dunia ini. Sedangkan kereta sering diservis, apa lagi tubuh badan kita ye tak?
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi juruterapi Tini’s spa yang sememangnya baik dan sedia membantu di cawangan Shah Alam – 03-5523 5718 atau di cawangan Ampang 03-4270 1292.
Ikhlas dari,
Nora.
P/s: Terima kasih Puan Nora di atas perkongsian ikhlas ini. Rawatan ini sesuai juga dinikmati oleh ibu-ibu yang berada di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Jika Puan pelanggan baru di Tini’s spa, dapatkan baucer rawatan bernilai RM50 di sini www.tinispa.com.my. Gambar adalah koleksi Tini’s spa.
Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.