Hi semua. Hari ini saya nak berkongsi rawatan selepas bersalin dan penjagaan diri sepanjang tempoh berpantang. Ramai ibu-ibu muda terutamanya mungkin memerlukan tips-tips berguna ini. Bagi kaum Melayu, bilangan hari berpantang ialah sekurang-kurangnya 44 hari namun petua amalan penjagaan berpantang kaedah Melayu ini mungkin berbeza setiap individu. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman saya berpantang bersama ibu dan ibu mertua tersayang.
1) Mandi Herba
Mandian istimewa adalah air rebusan beberapa daun yang mempunyai bau wangi dan unik seperti daun sirih, daun serai wangi, daun pandan. Ada yang campur daun inai. Apabila campuran daun ini direbus, satu rumah bau harum Emmmm… Waktu kegemaran saya ialah waktu mandi pagi kerana ianya menyegarkan. Bau wangian semulajadi ini membuatkan badan ibu berbau wangi hingga ke petang. Mandian ini diulang pada sebelah petang. (Mak kata mandi sebelum Maghrib, seelok-eloknya sebelum 6 petang).
2) Urutan
Seelok-eloknya, selepas mandi, ibu digalakkan berurut seluruh badan untuk melancarkan peredaran darah, terutama mengeluarkan darah nifas dengan lancer, menghilangkan sakit urat dan pinggang, melancarkan pengeluaran susu ibu. Selepas urutan, pasti ibu berasa ringan badan dan kurang sakit-sakit urat dan badan. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada orang mengurut, cukup sekadar menyapu minyak panas ke seluruh badan.
Klik di sini untuk kisah pengalaman rawatan selepas bersalin.
3) Bertungku
Kebiasaannya, mak bidan mengurut dan bertungku sekali. Kepanasan batu tungku sangat berkesan untuk membesarkan salur darah dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, kesakitan di bahagian ari-ari dan pinggang dapat dikurangkan dengan serta-merta. Sekiranya tiada mak bidan untuk menguruskan proses bertungku, ibu boleh bertungku sendiri. Pengalaman saya, bertungku sendiri setiap pagi dan petang adalah amalan harian saya sepanjang berpantang. Kadang-kala, semasa bayi tidur, saya mengambil kesempatan untuk berbaring sambil bertungku. Sungguh melegakan! Oh ya, tungku yang sering digunakan ialah tungku batu sungai atau besi. Panaskan tungku directly di atas api selama beberapa minit, lapikkan batu dengan daun mengkudu (jika ada) dan kain batik. Tungku sedia digunakan.
Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
4) Berbengkung
Sebelum berbengkung, ibu mertua saya mengesyorkan oleskan campuran kapur makan dan perahan limau ke bahagian perut secara nipis. Kemudian, balut perut dengan kain bengkung. Bengkung kegemaran saya ialah bengkung Jawa kerana lilitannya tegang dan kemas. Maka bentuk badan saya kembali ke bentuk asal selepas 44 hari berbengkung. Untuk mendapatkan bentuk badan ideal dengan mudah, anda disarankan menjalankan rawatan pelangsingan secepat mungkin, seelok-eloknya dalam 6 bulan selepas bersalin. Ini kerana, water retention sepanjang tempoh mengandung mudah dikeluarkan dalam tempoh ini.
Rawatan Pelangsingan (Percubaan pertama).
5) Pakai Stokin Baju Lengan Panjang
Menurut kata ibu dan ibu mertua saya, wanita berpantang tak boleh sejuk. Keep yourself warm. Jadi adalah digalakkan memakai baju lengan panjang dan stokin setiap masa. Setelah 44 hari mengamalkan ini, tumit kaki pun jadi lembut! Awww, suka sangat.
Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
6) Makan Makanan Seimbang
Makan makanan seimbang mengikut pyramid makanan. Cuma kalau ikut pantang orang Melayu, kena pilih sayur yang sesuai dan tidak ‘sejuk’ seperti kangkung, petola, terung dan cili. Sebenarnya, saya juga kurang arif tentang kategori sayur sejuk ni, jadi nak selamat saya makan sayur sawi, lobak merah, mana yang mak pesan. Yang penting, jangan biarkan perut kelaparan, makan pada masanya terutama buat ibu yang menyusu badan. Kalau ikutkan petua mak, jangan minum air banyak. Tapi yang ini saya tak akur sebab saya breastfeed dan memerlukan banyak air. Jadi, minum air secukupnya.
Saya juga diarahkan untuk minum air pati kunyit. Rasanya, Tuhan aje yang tahu. Tapi telan ajelah.. Selamat! Rupa-rupanya, bila saya buat sedikit research,kunyit mengandungi Curcumin yang berfungsi sebagai agen anti-radang dan menyembuhkan luka dengan pantas.
7) Berjalan Perlahan-lahan
Secara logiknya, orang tua tak nak ibu-ibu tersadung atau terjatuh, jadi berjalan atau buat pergerakan perlahan-lahan.
8) Jaga Emosi
Perkara paling penting bagi saya sepanjang tempoh berpantang ialah menjaga emosi agar tidak terlalu sedih, murung atau tertekan, dikhuatiri menghadapi postpartum depression atau meroyan. Kita sedia maklum, alam baru sebagai seorang ibu, banyak perkara baru yang perlu ditempuhi. Lebih buruk jika tidak mendapat sokongan dari pasangan dan keluarga, ditambah pula dengan tangisan tanpa henti si bayi, breastfeeding tak menjadi, rasa rendah diri… Perubahan hormon juga menyumbang kepada perkara ini. Apa yang perlu anda lakukan? Dapatkan bantuan! Minta tolong orang terdekat seperti suami, adik, kakak, emak atau kawan baik. Ingat, jangan pendam dan tertekan sendirian. Anda bukannya robot.
Diharap tips ini serba sedikit dapat membantu. Persiapkan diri anda selepas berpantang untuk berdepan dengan suami dan rakan sekerja dengan lebih yakin, hadiahkan diri anda dengan signature treatment kami, After Birth Treatment yang merangkumi Foot Soak, Sauna, Urutan dan Bertungku, Lulur dan Mandi Rempah. Rawatan selepas bersalin yang mengambil masa 2 jam 15 minit ini boleh dijalankan di Tini’s spa Shah Alam dan Ampang. Harga rawatan sangat berpatutan, RM248.
Untuk pelanggan pertama Tini’s spa, dapatkan baucer tunai RM50 di www.tinispa.com.my dan anda boleh gunakan untuk rawatan ini.
Selamat beristirehat!
xoxo, Tini’s spa
Klik di bawah untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM50 sekarang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.