Sakit belakang merupakan satu gejala yang sering terjadi kepada kita tanpa mengira usia, hamil atau tidak sakit belakang ini sentiasa akan memberikan rasa tidak selesa kepada semua yang mengalaminya. Umur baru 20-an lagak sudah seperti orang lanjut usia, sakit belakang hampir setiap masa. Susah pula nak hilang sakitnya! Tini’s Spa ingin berkongsi 5 punca sakit belakang yang amat mengganggu ini, supaya anda semua dapat mengelakkan dari ianya berlaku dengan lebih kerap lagi.
5 Punca Sakit Belakang
- Tidur di atas tilam lusuh
- Tidak salah jika berbelanja lebih untuk membeli tilam yang berkualiti demi menjaga tulang belakang anda. Tilam yang baik adalah tilam yang dapat bertahan 10 tahun lamanya. Selepas 10 tahun tilam tersebut perlulah ditukar. Pilih tilam yang tidak terlalu lembut atau terlalu keras.
[av_promobox button=’yes’ label=’Klik sekarang!’ link=’page,3190′ link_target=’_blank’ color=’custom’ custom_bg=’#58fa58′ custom_font=’#ffffff’ size=’large’ icon_select=’yes’ icon=’ue82b’ font=’entypo-fontello’ box_color=” box_custom_font=’#ffffff’ box_custom_bg=’#444444′ box_custom_border=’#333333′]
Sakit belakang? Penyelesaiannya disini
[/av_promobox]
2. Mengengdong beg berat
- Wanita seringkali membawa beg tangan yang sarat dengan peralatan solek, minyak wangi, telefon bimbit dan sebagainya. Beban yang sepatutnya dibawa pada sebelah bahu adalah cuma 10% sahaja dari berat badan anda.
3. Kasut tinggi atau kasut sarung
- Memakai kasut tumit tinggi seperti stilleto amatlah merbahaya untuk tulang belakang. Memakai kasut sarung juga boleh mengakibatkan sakit belakang kerana lapik pada kasut yang nipis akan mengakibatkan tumit menampung beban yang banyak dan akan menyebabkan sakit belakang.
4. Menyimpan dendam
- Kedengaran pelik, namun hakikatnya mereka yang mempunyai perasaan marah atau sering berfikiran negatif lebih mudah mengalami sakit belakang secara berterusan sekaligus mengakibatkan sesorang itu mudah untuk mengalami pelbagai penyakit lain.
5. Makanan Ringan
- Makanan ringan adalah makanan berkalori tinggi dan bernutrisi rendah yang akan menyebabkan pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan akan mengakibatkan pelvis akan ditolak ke hadapan akibat berat di bahagian tengah badan. Mereka yang mengalami masalah seperti ini akan mengakibatkan pesakit cenderung menghidap osteoartritis
[av_promobox button=’yes’ label=’Klik di sini segera!’ link=’page,3205′ link_target=’_blank’ color=’custom’ custom_bg=’#e5023e’ custom_font=’#ffffff’ size=’large’ icon_select=’no’ icon=’ue800′ font=’entypo-fontello’ box_color=” box_custom_font=’#ffffff’ box_custom_bg=’#444444′ box_custom_border=’#333333′]
Ingin kuruskan badan? Dapatkan cara mudah di sini!
[/av_promobox]
Kesakitan belakang ini bukanlah akibat faktor keturunan namun ianya adalah berpunca dari gaya hidup kita seharian. Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Jagalah kesihatan dengan cara betul. Lebih baik mencegah sebelum parah, betul tak? See you again!