Senaman Untuk Mata

beautiful-eye-makeup-free-hd-wallpapers

Mata yang jelita adalah idaman setiap wanita. Namun semestinya dalam kesibukan menyelesaikan tugas seharian, kita tidak dapat menjaga mata kita sebaiknya lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa berhadapan dengan skrin komputer. Bagi mereka yang sentiasa mempunyai masalah seperti ini, Tinispa ingin berkongsi dengan anda bagaima caranya untuk melakukan senaman mata yang ringkas dan mudah untuk anda lakukan di rumah.

TUJUAN SENAMAN MATA

  • Memperbaiki koordinasi mata supaya tidak berlaku kecacatan mata akibat stress ke atas mata anda
  • Merehatkan mata anda selepas aktiviti yang meletihkan otot-otot pada mata anda seperti selepas menggunakan komputer dengan jangkamasa yang lama
  • PERHATIAN
    • Adalah wajib untuk merujuk kepada pakar mata anda bagi memastikan kesesuaian senaman ini untuk mata terutamanya jika anda megalami masalah mata atau ianya mungkin akan memberi kesan kepada mata anda.

SENAMAN UNTUK MATA ANDA

LATIHAN FOKUS

Senaman Mata

  • Latihan ini memerlukan anda duduk dengan selesa di atas kerusi dengan tempat bersandar untuk sokongan belakang anda dan sesuai untuk tempat kerja anda.
  • Senaman ini dapat menambah fokus anda serta dapat mengurangkan masalah rabun dekat kepada mata anda
  • Selepas 20 minit anda melakukan aktivit yang menambah stress ke mata anda, anda boleh lakukan aktiviti berikut:
    • Lemparkan pandangan anda ke tingkap atau ke luar bangunan , kepada objek yang berada 15-20 kaki jauh dengan tempoh 13-20 saat. Ulang sbanyak 2-3 kali sebelum kembali kepada kerja.
    • Tegakkan jari atau pegang pen / pensil di hadapan anda dengan meluruskan lengan. Kemudian gerakkan ke arah hidung dengan peregerakan lurus, sambil mata anda tertumpu kepada jari atau pen/pensil tadi. Ulangkan sebanyak 5-10 kali setiap latihan dan 2-3 kali setiap hari.
    • Pegang pen/pensil rapat dengan mata anda dan fokuskan selama 5 saat. Kemudian fokus pandangan anda kepada objek jauh (10 kaki dari anda) selama 5 saat. Kemudian fokus semula kepada pensil tadi. Ulang sebanyak 5 kali.

 

LATIHAN REGANGAN


Latihan ini bertujuan memperbaiki koordinasi otot-otot mata. Pastikan kepala anda dalam keadaan tidak bergerak (statik) dan pergerakan hanya melibatkan pandangan anda sahaja.

  • Tumpukan pandangan kepada kening anda dan gerakkan pandangan anda dalam bentuk bulatan mengikut arah jam. Ulang 2-3 kali, Kemudian tukar arah (lawan jam) dan ulangkan 2-3 kali.

LATIHAN MEREHATKAN MATA

Senaman Mata 2
Tujuan latihan ini adalah untuk merehatkan mata anda selepas penggunaan mata anda yang berterusan. Latihan ini boleh dilakukan semasa anda duduk tegak atau terbaring.

  • Gosok kedua-dua telapak tangan anda sehingga agak hangat. Kemudian tutup mata anda dan tekap telapak tangan anda ke kedua-dua belah mata anda dengan menutup sepenuhnya mata anda tanpa menekan. Biarkan dalam keadaan demikian –  iaitu anda tidak melihat apa-apa hanya kegelapan, selama beberapa minit sambil anda bernafas dengan perlahan.
  • Tutup mata dan urut perlahan mata anda dengan gerakan pusingan (bulatan)
  • Gunakan penutup mata yang tebal dan tutup mata selama 3-5 minit supaya anda tidak dapat melihat sebarang cahaya (gelap pekat) sambil bernafas secara perlahan dengan tarik nafas yang dalam.