Siapa tak nak tubuh badan yang cantik dan langsing? Memang teringin tubuh langsing, perut kempis, tapi bila lalu bubble tea, tetap singgah beli. Haaa.. betul tak? Baik mengaku. Rahsia utama untuk kembali ramping ialah disiplin. Siapa rasa tekad nak kempiskan perut, jom teruskan membaca. Kami kongsikan 3 cara mudah kempiskan perut buncit.

  1. SENAMAN BAHAGIAN PERUT

Tahukah anda, senaman bahagian perut membantu menguatkan core muscle, membakar lemak berlebihan seterusnya membentuk badan? Tak perlu peralatan canggih, pakaian khusus dan lokasi spesifik pun. Apa yang penting, cuma spend 15 minit sahaja setiap hari untuk jalankan rutin senaman bahagian perut ini. Kami dah pilih video yang mudah diikuti, jom sama-sama buat.

Kredit kepada Emi Wong di atas exercise yang awesome ni. Best kan?

Namun harus diingat, exercise ni mesti buat berterusan ya! Kalau baru buat 1 sesi, terus nak nampak flat, memang kirim salam ke laut dalam… Apa kata kita cabar diri, buat plank workout ni berterusan selama 1 bulan. Tricknya, snap dulu gambar sebelum mula aktiviti ini. Snap lagi gambar setiap 5 hari kemudian. Ada nampak perubahan sikit tu yang jadi pembakar semangat, betul tak? Akhirnya, pada hari ke-30, ada 7 gambar. Barulah anda boleh nampak hasil kerja keras anda selama sebulan dan terus semangat nak maintain.

Nak lagi cepat? Baca point seterusnya.

2. PILIH MAKANAN YANG BETUL

Sebelum bercerita tentang porsi makanan, apa kata kita sama-sama kita Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) supaya kita sedar diri dan tahu status BMI sekarang. Jika kita tahu kedudukan kita sekarang, baru kita tahu nak set target, turunkan banyak mana, berapa inci dan sebagainya. Buat cara kiraan mengikut formula BMI di bawah atau masukkan aje ke BMI Calculator di sini.

BMI+Indiba+slimming+tinispa+kempiskan+perut+buncit

Dah tahu berapa BMI anda? Anda kategori mana? Tahniah kepada yang normal. Anda cuma perlu kekalkan gaya hidup sihat. Untuk yang terlebih berat badan dan obesiti, jom kita tekad mengurangkan berat badan demi kesihatan badan kita.

Sekarang dah tahu BMI, set target nak turunkan berapa kg, untuk jatuh ke kategori normal. Nak tahu dengan ketinggian kita, berapa kg dikategorikan sebagai normal, sila rujuk jadual ini.

jadual+bmi+indiba+slimming+pelangsingan+tinispa+kempiskan+perut+buncit

*Sumber dari BMI Calculator Ireland.

Makan ikut sistem piramid makanan yang betul. Dari sistem piramid tersebut anda akan mula makan makanan yang seimbang untuk pemakanan seharian anda.

indiba+slimming+tinispa+pelangsingan+kempiskan+perut+buncit

*Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nak senang cerita, apabila nak makan, ikut portion makanan dengan The Helping Hand ini. Mudah nak jaga makan.

indiba+slimming+tinispa+kurus+kempiskan+perut+buncit

Nak tahu lebih lanjut berapa keperluan kalori anda setiap hari, baca di sini.

Elak makanan ringan. Makanan ringan sebenarnya mengandungi garam atau gula yang tinggi sekaligus mengakibatkan badan anda susah untuk kurangkan berat. Sebaliknya, gantikan dengan buah-buahan dan minum air kosong yang banyak.

3. BERBENGKUNG

Tahukah anda lemak badan boleh dibentuk? Ya, sebab itulah, wanita selepas bersalin digalakkan menggunakan bengkung atau corset untuk membentuk semula badan. Namun, penggunaan belly wrap haruslah konsisten, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, 6-8 minggu berturut-turut.

kempiskan+perut+indiba+slimming+tinispa+pelangsingan

Banyak corset moden boleh digunakan untuk mengawal saiz pinggang dan ukur lilit perut. Ini menambahkan lagi keyakinan bila berinteraksi dengan orang.

Baca artikel 5 Kebaikan Berbengkung di sini.

Antara yang menjadi pilihan wanita moden yang perlukan bengkung yang mudah dipakai, selesa dan mudah ke tandas ialah Bengkung 3 Saat. Lihat cara pakai di sini:

*Sumber dari Bengkung 3 Saat Razowa

Gunakan secara konsisten dan lihat hasilnya selepas pemakaian 6 minggu ke atas.

Ketiga-tiga perkara di atas boleh dijalankan di rumah dan sekiranya berdisiplin, diulangi, berdisiplin, anda pasti nampak hasilnya. Letak target, bila nak capainya dan pastikan lakukan dengan sihat dan tidak memudaratkan.

Ada satu lagi cara yang terbukti secara klinikal berkesan mengurangkan bukan sahaja subcutaneous fat, malah lemak viseral, iaitu Indiba Slimming Treatment. Lemak viseral ialah lemak yang membalut organ, yang mana jika berlebihan, mengganggu fungsi organ. Rawatan pelangsingan Indiba ini selamat dan berkesan, video ini menunjukkan bagaimana rawatan dijalankan.

Percubaan pertama Indiba Slimming Treatment ialah RM240, khusus untuk pembaca. Ia ditawarkan di Tini’s Spa Shah Alam, Ampang dan Bangi. Untuk pertanyaan, sila hubungi Tini’s Spa Shah Alam (03-55235718), Ampang (03-42701292) dan Bangi (03-89289529).

Beri tempoh 3 bulan untuk anda kurangkan sekurang-kurangnya 1 inci ukuran pinggang. Kongsikan 3 cara mudah kempiskan perut buncit ini kepada insan yang bakal mendapat manfaat seperti anda. Selamat berjuang!

Artikel berkaitan:

https://www.tinispa.com.my/8-teknik-mudah-hilangkan-dagu-berlapis/