Salam semua terutama sekali buat si manis yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan tak lama lagi.
Post kali ini, Tini’s spa bermurah hati nak share Senarai Semak Majlis Perkahwinan untuk kalian. Bukan apa, supaya kurang stress dan garis halus kat muka pengantin! lol! Apa yang perlu anda buat, cuma print dan tandakan tugas yang dah selesai. Mudahkan? So here goes the wedding list..
SENARAI SEMAK MAJLIS PERKAHWINAN
12 Bulan sebelumnya
- Berbincang dengan tunang dan kedua belah ibu bapa tentang tarikh dan waktu bernikah
- Mengatur bajet yang diperlukan
- Meneliti lokasi majlis
- Merancang jamuan yang dihidangkan
11 Bulan sebelumnya
- Menetapkan tarikh dan waktu bernikah
- Mengikuti kursus perkahwinan
- Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan minyak wangi dan lain-lain
- Mengintai-intai pakaian perkahwinan (survey le tu, bukan main intai2 pulak bahaha)
10 Bulan sebelumnya
- Memilih pengapit
- Merancang warna tema untuk majlis
- Mencari lokasi perkahwinan yang sesuai dengan bajet
9 Bulan sebelumnya
- Mengumpul nama tetamu
- Memilih katering atau masak sendiri
- Pilih jurukamera dan juruvideo
Pihak catering selalunya menyediakan food tasting sebelum tempahan. Pilih menu dan berbincang dengan keluarga ikut bajet yang telah ditetapkan.
8 Bulan sebelumnya
- Menempah lokasi dan tarikh majlis untuk dewan dan hotel
- Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
- Menyelesaikan segala temujanji dengan doktor
7 Bulan sebelumnya
- Menentukan pakaian perkahwinan & aksesori
- Menetapkan pakaian untuk pengiring pengantin
- Memilih juru solek
6 Bulan sebelumnya
- Mula menempah kad perkahwinan
- Menhubungi kadi dan pejabat agama
- Menjalani ujian darah HIV jika diperlukan
5 Bulan sebelumnya
- Menyelesaikan urusan persandingan (bayar deposit)
- Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad perkahwinan, kek, bunga pegang)
- Menempah cenderamata untuk tetamu
3 Bulan sebelumnya
- Memastikan kelengkapan PA sistem seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya.
- Mengaturkan penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh
2 bulan sebelumnya
- Menulis dan menguruskan kad perkahwinan kepada tetamu
- Bersama bakal pasangan mencuba pakaian agar tampak anggun dihari bahagia
- Hadir ke sesi cubaan menu
Sebulan sebelumnya
- Melakukan rawatan spa pengantin sebelum perkahwinan(urutan, lulur, mandi susu dan sauna). Kenapa penting? Baca di sini.
- Pastikan cincin ukuran yang betul
- Pastikan segala tempahan pelamin , jurusolek dan keperluan perkahwinan berjalan dengan lancar
- Pastikan aksesori tersedia seperti gelang kasut dan lain –lain
- Pilih lagu iringan dan orang yang dipercayai untuk menjaga muzik
2 Minggu sebelumnya
- Bertemu dengan urus setia yang anda bentuk agar segala berjalan dengan lancar
- Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah
- Berada di lokasi awal untuk mendapatkan mood majlis
Hiasan atau hantaran menggunakan fresh flowers, boleh diambil/ disiapkan sehari sebelum majlis.
Seminggu sebelumnya
- Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan
- Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
- Hindari konflik dan senangkan hati
Di hari perkahwinan
- Pastikan mengisi perut terlebih dahulu
- Mandi sebersihnya agar kelihatan segar
- Berdandan cantik, senyum dan berdoalah agar segala berjalan dengan lancar
- Remember, just be yourself and feel good about yourself coz it shows especially on pictures for the sweetest memories.
Boleh print senarai di bawah ini, sekiranya perlu:
Tel: 03-5523 5718/ 03-5512 5388
atau
Tini’s spa, Taman Dagang, Ampang – berhampiran IPD Ampang Jaya, Food Court, sebelah Restoran Wong Solo.