Post kali ini kita bercerita tentang kepentingan rawatan spa pengantin. Maklumlah nak menempuh hari yang penuh bermakna dan satu lagi milestone di dalam hidup sebagai seorang wanita. Lebih mendebarkan, persiapan diri untuk malam pertama!
Sebelum itu, mari kita lihat langkah demi langkah rawatan spa pengantin dan faedah setiap rawatan.
Sauna
Zakiah (bukan nama sebenar) mempunyai masalah water retention membuatkan beliau mengalami gemuk air. Setelah mengamalkan sauna seminggu sekali, berat badan semakin mudah diturunkan. Jangan salah faham. Ini tidak bermakna wanita kurus tidak boleh menjalani rawatan sauna. Ada banyak lagi kebaikan rawatan sauna untuk wanita. Berikut merupakan faedah rawatan sauna:
- menyingkir toksin dan air berlebihan dalam badan melalui proses perpeluhan
- melancarkan peredaran darah dengan teknik haba
- merehatkan otot
- membersihkan kulit
- menggalakkan tidur lena
- membakar kalori
Urutan
Kisah ini sering terjadi. Mia (bukan nama sebenar)bertanya kepada juruterapi, sebaik selepas rawatan, “Kenapa pipi saya nampak pinkish?” Apabila aliran darah berjalan lancar dan sampai ke bahagian badan dengan sekata, maka kulit nampak sihat dan segar. Malah ada juga pelanggan yang sering mengalami sejuk-sejuk di bahagian tapak tangan dan tapak kaki, amat digalakkan menjalankan urutan seluruh badan. Peredaran darah yang lancar menyebarkan haba keseluruh badan.
Kebaikan dan faedah urutan:
- melegakan kesakitan otot
- melancarkan peredaran darah
- memperbaiki sistem limfa
- menggalakkan tidur lena
- menambah fokus
Sebab itulah, orang tua-tua Melayu berpesan, sebelum majlis kahwin, buatlah rawatan seri pengantin. Pengantin tampil berseri apabila kulit cerah kemerah-merahan, tidak lagi pucat lesi!
Lulur (Body Scrub)/ Masker (Body Mask)
Lulur atau body scrub dan masker badan bertujuan untuk mengeluarkan sel-sel mati dan daki yang termendap. Hasilnya selepas lulur dan masker, kulit semakin cerah, halus dan berseri.
Kasmah (bukan nama sebenar) gemar berlulur kerana dapat membantu mencerahkan bahagian bawah lengan / ketiak dan bahagian celah paha.
Lulur membantu sekatakan warna kulit secara semula jadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi. Berikut merupakan antara bahan yang sering dijadikan body scrub dan body mask. Selain menghilangkan sel mati, ada fungsi lain bergantung kepada bahan yang digunakan.
- Coffee Scrub – kafein dalam kopi membantu mengurangkan selulit yang ketara pada kulit
- Green Tea Scrub – sifat teh hijau yang tinggi anti oksidan membantu mencegah radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.
- Bengkoang Scrub – bengkoang mempunyai sifat mencerahkan kulit kusam.
- Volcano Mud Mask – masker badan dari tanah liat gunung berapi yang kaya dengan mineral ini berupaya menyerap minyak berlebihan dan mengecutkan jerawat di belakang badan. Sangat digemari oleh wanita yang mempunyai jerawat belakang badan yang kronik.
- Boreh Mask –Boreh merupakan campuran rempah ratus yang memanaskan badan dan membakar lemak. Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin untuk memanaskan badan.
Fahami masalah kulit anda sebelum membuat keputusan rawatan. Juruterapi juga dapat membantu mengenalpasti masalah anda.
Mandi Susu
Mandi susu merupakan rahsia kecantikan Cleopatra. Asid laktik di dalam susu bertindak sebagai agen pencerahan berkesan. Susu juga melembutkan dan menghaluskan kulit. Pati aromaterapi dari bunga-bungaan menambahkan lagi kesan terapeutik yang menenangkan terhadap bakal pengantin.
Facial by Dermalogica
Secara amnya, facial mempunyai faedah dan kebaikan seperti di bawah:
- membersihkan secara mendalam kotoran, minyak
- membersihkan pori tersumbat
- sekatakan / cerahkan warna kulit
- melancarkan peredaran darah
- mengurangkan garis halus
- menambah penyerapan nutrien penting untuk kesihatan kulit
- merehatkan otot muka
Nota penting: Pengantin yang mempunyai masalah kulit kritikal dinasihatkan mendapatkan rawatan khas untuk mengatasi masalah kulit tersebut. Contohnya: jerawat. Berbincang dengan juruterapi rawatan yang sesuai dan apa matlamat yang dijangkakan. Sekiranya masalah serius, anda digalakkan membuat temujanji seawal setahun sebelum majlis untuk siri rawatan yang berkesan.
Untuk rawatan facial normal, bakal pengantin dinasihatkan menjalani rawatan facial selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis untuk memastikan kulit wajah mempunyai waktu yang cukup untuk baikpulih.
Waxing
Sesetengah wanita mempunyai terlebih bulu badan menyebabkan tidak selesa dan tidak yakin kerana berpenampilan seakan lelaki. Lebih-lebih lagi nak menghadapi malam pertama! Waxing dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan. Antara bahagian yang menjadi pilihan ialah seperti bahagian ketiak, tangan dan kaki.
Kelebihan waxing:
- Bulu tumbuh lebih HALUS, LAMBAT dan JARANG berbanding bercukur.
- Cepat. Untuk bahagian ketiak, cuma ambil masa 15 minit.
- Kulit lebih cerah kerana sel kulit mati dikeluarkan bersama, lebih-lebih lagi di bahagian ketiak. Selain itu, mengurangkan bau badan juga!
Di bawah merupakan gambar sebelum dan selepas proses waxing.
Setelah menjalani rawatan di atas, anda sudah tentu merasai perbezaan terhadap keyakinan diri anda.
Secara kesimpulannya, faedah dan manfaat rawatan spa pengantin:
-
- Melancarkan peredaran darah menjadikan badan sihat dan segar menempuh hari bahagia.
- Menghilangkan daki dan sel kulit mati yang sekian lama berkumpul menjadikan kulit cerah berseri.
- Menghilangkan bau badan yang kurang enak, menjadikan badan harum.
- Membuang bulu-bulu badan yang ‘tidak cantik’ dipandang suami, seterusnya membuatkan kulit licin dan halus.
- Melancarkan peredaran darah membuatkan anda rasa sihat, segar dan tidak pucat lesi.
- Apabila anda mengalami semua di atas, secara semulajadinya keyakinan diri anda bertambah dan seri terpancar di wajah anda.
Selamat Pengantin Baru dari kami di Tini’s spa. Semoga bahagia hingga akhir hayat kalian.
Buat yang belum pernah redeem RM50 cash voucher boleh daftar di sini dan guna untuk pre-wedding spa treatment nanti. Baucer ini boleh digunakan untuk rawatan spa pengantin yang paling digemari ramai di Tini’s spa, iaitu Heavenly Face & Body(3 jam) dan Body Pamper (2 jam).
-
Body ScrubRM97.20
-
Urutan Badan Wanita AromaterapiRM140.40
-
Rawatan Spa PengantinRM302.40 – RM410.40
Untuk sebarang pertanyaan tentang rawatan spa pengantin di Tini’s Spa, sila hubungi kami: Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
Tini’s Spa Ampang 03-42701292
Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Tini’s Spa Taman Tun Dr Ismail TTDI 03-77320099
P/s: Jangan lupa share post ini dengan pasangan anda. 🙂