Ketiak hitam, tidak dinafikan, ramai mengalami masalah ini, tetapi hanya berdiam diri, tak nak bertanya sebab terlalu sulit dan terus mengepit ketiak. -.-

Ada EMPAT sebab berbeza yang menyebabkan masalah ketiak menjadi hitam dan gelap .

Sebab #1: Bercukur

Siapa di sini mencukur bulu ketiak? Baik mengaku. Hehehehe

shave cukur penyebab ketiak hitam

Rambut kita di berwarna hitam. Apabila bercukur, bayang-bayang akar rambut masih kelihatan di bawah permukaan kulit, memberi ilusi yang ketiak kita gelap.

Oleh itu, untuk kelihatan cerah, pastikan folikel rambut dicabut sehingga ke akar umbi.

Penyelesaian: Berhenti bercukur dan mula mencabut bulu ketiak anda sehelai demi sehelai. Jika anda sibuk, tak de masa nak cabut sehelai sehelai, boleh cuba kaedah waxing.

Kelebihan waxing berbanding bercukur ialah rambut akan tumbuh lebih perlahan, lebih halus dan jarang-jarang.

 

Tempah sesi waxing di sini =>

Underarm waxing tinispa

Sebab #2: Himpunan sel kulit mati 

Tahukah anda, yang kawasan gelap di bahagian ketiak anda disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati di lurah dan curam kulit anda? Lebih-lebih lagi di kawasan ketiak, kelenjar peluh sangat aktif berbanding kawasan lain. Tersepit setiap masa membuatkan pembiakan bakteria subur di situ.

Penyelesaian: Rajin exfoliate atau skrub ketiak anda untuk mencerahkan, menanggalkan sel kulit mati dan bebaskan ketiak anda dari belenggu zaman kegelapan. Skrub yang sesuai digunakan ialah yang mengandungi asid laktik yang merupakan agen pencerahan dari susu.

 

Sebab #3: Acanthrosis nigricans 

Acanthrosis nigricans ialah keadaan di mana kulit menjadi gelap, coklat kehitaman di kawasan berlipat seperti di sekeliling leher, ketiak dan pangkal paha. Ini sering terjadi kepada orang yang berbadan besar dan kandungan hormon insulin yang tinggi di dalam badan.

Penyelesaian: Berhati-hati dengan diet anda untuk kawal penghasilan insulin tinggi yang memberi kesan kepada kulit.

cara atasi ketiak hitam tinispa

 

 

Sebab #4: Penggunaan antiperspirant deodorant

Wangian dan bau tiruan sangat berpotensi memberi reaksi kepada kulit dan penyebab kulit menjadi sensitif. Ramai mengakui setelah berhenti menggunakan antiperspirant deodorant, ketiak mereka semakin cerah. Bagaimana dengan anda? Anda pernah mencubanya?

Penyelesaian: Gunakan penyahbau atau deodorant yang tidak mengandungi ‘antiperspirant’. Mungkin ketiak anda, sedikit basah tetapi hasilnya ketiak anda cerah berbanding biasa.

antiperspirant deodorant punca ketiak hitam tinispa

 

Ikuti cara mengatasi ketiak hitam dengan berkesan.

Tempah sesi waxing di sini =>

Underarm waxing tinispa