5 Cara Mengatasi Masalah Jerawat Badan
Pastinya ramai di luar sana mengalami masalah yang serupa, iaitu jerawat di badan. Sudah tentu menyakitkan dan membuatkan ramai di antaranya tidak selesa. Kali ini, Tini’s Spa ingin berkongsi dengan anda semua 5 Cara Mengatasi Masalah Jerawat Badan.
1. Banyakkan minum air
- Badan memerlukan air yang cukup supaya dapat kekal hidrat dan lembap. Apabila badan kita kekurangan air, toksin di dalam badan juga sangat sukar untuk disingkirkan. Oleh itu, sebaiknya kita minum air yang mencukupi untuk tubuh badan supaya dapar mengelak dari terjadinya pelbagai masalah lain.
2.Rajin mandi
- Badan kita juga sentiasa terdedah kepada bakteria yang dapat menggalakkan terjadinya penyakit atau jangkitan kuman. Sebaiknya kita perlu mandi 2 kali sehari agar badan sentiasa bersih dan bakteria tidak mudah merebak ke tempat lain. Ianya baik sebagai cara mengatasi masalah jerawat badan.
3.Jangan malas ganti baju
- Apabila kita keluar rumah seharian melakukan pelbagai aktiviti, sebaiknya anda harus menggantikan baju yang telah dipakai tersebut apabila pulang ke rumah. Ianya lebih baik untuk mandi dahulu sebagai langkah kebersihan kerana ianya dapat mengelakkan jangkitan kuman yang merbahaya serta pertumbuhan jerawat badan. Langkah ini bagus sebagai salah satu cara mengatasi masalah jerawat badan.
4.Jaga pemakanan
- Pemakanan seharian amat penting untuk kesihatan badan dan juga kesihatan kulit badan kita. Jika kita ambil mudah, memakan makan bergoreng sebagai contoh, ianya akan menjejaskan kesihatan kulit badan, malah lebih memudahkan untuk jerawat tumbuh di badan. Jaga pemakanan adalah langkah paling mudah untuk dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum jerawat badan itu muncul!
5.Mandian Air Sirih
- Mandian air sirih bagus untuk menyucikan badan dari kotoran degil di samping ianya dapat menghilangkan bau badan. Rawatan Malam Jumaat, salah satu rawatan terbaru kami yang menggunakan daun sirih sebagai mandian. Rawatan Malam Jumaat ini juga amat baik untuk wanita
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :
- WhatsApp 019-3129606
- Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
- Tini’s Spa Ampang 03-42701292
- Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami di talian Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.
Artikel berkaitan :
- Cara Hilangkan Sakit Badan
- 8 Teknik HIlangkan Masalah Dagu Berlapis
- Produk Terbaik Dermalogica di Shah Alam, Ampang dan Bangi