5 Tips Penjagaan Kuku Yang Sihat


Wanita pada masa kini sering kali mengalami masalah pada kuku seperti rapuh, kusam atau berwarna kuning. Pelbagai langkah dan tips penjagaan kuku yang sihat yang boleh diikuti. Untuk artikel kali ini, Tini’s Spa ingin berkongsi dengan anda semua 5 tips penjagaan kuku yang sihat.

Air lemon

  • Air lemon dapat membantu kuku anda supaya tidak kusam bagi yang sering mewarna kuku dengan pengilat kuku. Anda boleh mencuba rawatan semulajadi dengan menggunakan air lemon sekiranya kuku anda menjadi rapuh kerana kerap sekali menggunakan pengilat kuku. Caranya mudah, perah sebiji lemon dan sapukan pada kuku anda dengan menggunakan kapas.
penjagaan kuku yang sihat

Aloe vera atau lidah buaya

  • Tahukah anda, aloe vera atau lidah buaya boleh menjadikan kuku anda lebih berkilat? Kandungan vitamin yang ada dalam lidah buaya ini sebenarnya dapat menjadikan kuku itu berkilat. Caranya, ambil sebatang lidah buaya, bersihkan dan sapukan getahnya pada kuku anda, dan lakukan secara rutin. Kuku anda akan kelihatan lebih berkilat dalam masa kurang dari seminggu.
manicure+tinispa+kuku

Minyak zaitun

  • Minyak zaitun yang kita sering gunakan di dapur sebenarnya boleh digunakan untuk penjagaan kuku anda. Mudah sahaja, campurkan 1 sudu makan minyak zaitun dengan jus lemon, lalu sapukan pada kuku anda sehingga rata. Anda juga boleh mengurut jari anda perlahan-lahan, kerana minyak zaitun memberi khasiat yang baik untuk kuku sentiasa sihat dan tidak kusam.

Minyak kelapa

  • Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga boleh digunakan sebagai tips penjagaan kuku yang sihat. Ianya dapat menguatkan kuku agar tidak mudah rapuh dan dapat meningkatkan peredaran darah. Sediakan 1 sudu makan minyak kelapa dan campurkan dengan air suam. Sapukan campuran tersebut pada kuku anda lalu urut perlahan-lahan.
penjagaan kuku yang sihat

Lakukan manicure

  • Manicure merupakan rawatan yang dapat membuang cuticle di tepi kuku serta mencantikkan kuku. Di Tini’s Spa, manicure dan pedicure sering menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan kuku tangan serta kuku kaki mereka. Ada juga ibu mengandung yang gemar untuk melakukan manicure serta pedicure di Tini’s Spa untuk memudahkan pemotongan kuku serta membersihkan kaki dan tangan dengan lebih teliti. Hubungi kami untuk tempahan slot Manicure dan pedicure di Tini’s Spa
manicure+tinispa+kuku

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :

  • WhatsApp 019-3129606
  • Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
  • Tini’s Spa Ampang 03-42701292
  • Tini’s Spa Bangi 03-89289529

Untuk sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami di talian Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.

Artikel berkaitan :