7 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering
Kulit yang kering akan mengakibatkan masalah penuaan dengan mudah. Ianya juga akan mengakibatkan kulit menjadi sensitive jika tidak dapat diselesaikan dengna cara yang betul. Untuk artikel kali ini, Tini’s Spa ingin berkongsi dengan anda 7 cara mengatasi masalah kulit kering.
Makan makanan berzat tinggi serta minum air putih
- Salah satu cara mengatasi masalah kulit kering secara semulajadi ialah dengan mengambil pemakanan yang berzat tinggi. Jika selama ini anda kurang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, adalah baik jika mulakan untuk mengambil banyak makanan seperti itu. Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk meminum air putih dengan kerap dan teratur supaya kulit anda kekal hidrat dengan baik. Ianya bukan sahaja dapat menjadi salah satu cara mengatasi masalah kulit kering, ianya juga dapat menjadikan kulit anda lebih segar.

Makan ikan
- Ikan mengandungi zat yang dapat menjadi cara mengatasi masalah kulit kering. Cuba seimbangkan pemakanan anda dengan lebih banyak pengambilan ikan dan sayuran untuk memberi tubuh badan anda cukup zat dan vitamin yang diperlukan supaya kulit kekal lembap dan hidrat.

Menggunakan pelembap
- Cara mengatasi masalah kulit kering adalah dengan menggunakan pelembap yang sesuai dengan wajah anda. Terdapat pelbagai jenis pelembap yang sesuai dengan pelbagai jenis keadaan kulit yang dikeluarkan oleh Dermalogica. Anda boleh dating terus ke Tini’s Spa untuk mengenal pasti jenis pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit anda sekarang supaya tidak tersalah beli produk yang tidak sesuai untuk kulit wajah anda.

Lidah buaya
- Lidah buaya merupakan salah satu bahan terbaik mengatasi kulit kering. Ianya juga kerap kali digunakan sebagai bahan utama dalam kosmetik dan juga pelbagai produk wajah yang lain. Kandungan vitamin dalam lidah buaya dapat membantu melawan terik sinaran UV serta masalah kulit kering.

Minyak kelapa
- Minyak kelapa sudah lama terkenal dengan cara penggunaan bagi sesetengah kaum yang menggunakannya untuk dilumurkan pada satu badan. Minyak kelapa ini meruoakan salah satu bahan herba yang sederhana dan mudah didapati bagi mengatasi masalah kulit kering. Jika anda mengalami masalah kulit kering, anda boleh sapukan minyak kelapa pada bahagian tersebut. Bibir kering juga boleh diatasi dengan menggunakan minyak kelapa. Minyak kelapa ini sememangnya terbukti memiliki manfaat yang tersendiri untuk kesihatan kulit sejak dahulu lagi.

Teh hijau
- Teh hijau terkenal sebagai minuman yang dapat menjadi tambahan kepada penjagaan pemakanan yang baik. Di samping itu ianya juga dapat mengatasi masalah kulit kering iaitu dengan menggunakan teh hijau, minyak kelapa, minyak badam, minyak Vitamin E, serta minyak Lavender. Campuran teh hijau dengan salah satu minyak tersebut dapat memulihkan kulit yang kering serta kulit yang sensitif terutama yang mengalami kemerah-merahan serta menggelupas.

Oxyinfusion Hydra Isotonic Facial
- Rawatan wajah yang baru sahaja diperkenalkan di Tini’s Spa ini sebenarnya dapat menjadi salah satu cara mengatasi masalah kulit kering. Ianya juga dapat memberikan lembapan sebaiknya pada wajah kerana menggunakan gabungan 2 rawatan sekali gus iaitu Oxyderm Facial Treatment serta Hydroderm Facial Treatment. Harganya Cuma RM438 sahaja manakala untuk PERCUBAAN PERTAMA ianya bernilai RM198 sahaja! Anda boleh klik butang Whatssap untuk menghubungi kami.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian :
- WhatsApp 019-3129606
- Tini’s Spa Shah Alam 03-55235718
- Tini’s Spa Ampang 03-42701292
- Tini’s Spa Bangi 03-89289529
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp, Facebook Tini’s Spa, dan Instagram Tini’s Spa.